Sotong gergasi 2.5 meter dirakam di luar pantai Jepun

Iklan
Sotong gergasi yang ditemui muncul di luar pantai Jepun. - Agensi

TOKYO - Satu rakaman video sotong gergasi sepanjang 2.5 meter yang jarang dijumpai di luar pantai Jepun tular di media sosial dengan jumlah 252,000 tontonan.

Video tersebut dirakamkan pasangan penyelam skuba Yosuke Tanaka, 41, dan isterinya, Miki, 34, pada awal bulan ini di luar pantai Bandar Toyooka.

Iklan
Iklan

Klip video itu menunjukkan sotong gergasi dengan sesungut besar dan panjang berwarna putih dan merah pucat muncul selama 30 minit di depan mereka.

Pakar marin berkata, sotong bersaiz gergasi itu jarang ditemui di pantai, tetapi rakaman kamera bawah air menunjukkan bagaimana haiwan itu seolah-olah tidak menyedari kehadiran penyelam yang mengekorinya.

Iklan

Bagaimanapun dalam rakaman sama, sotong tersebut kelihatan 'lesu' apabila kulitnya seperti mengelupas dan mungkin mati bila-bila masa.

Bagaimanapun, seorang lagi membalas komen bahawa ia mungkin sotong yang sudah tua dan mungkin mati di lokasi rakaman di buat.

Iklan

Sementara itu, seorang penyelidik di Muzium Alam Semulajadi dan Sains Negara, Tsunemi Kubodera berkata, sotong gergasi jarang muncul di laut cetek berbanding laut dalam. - Agensi