Tawar harga seimbang dengan pendapatan pengguna

Iklan
Peniaga terutama pemilik pasar raya dan restoran perlu menyokong usaha kerajaan membantu rakyat menangani peningkatan harga barang dengan menawarkan harga jualan yang seimbang dengan pendapatan pengguna. - Gambar hiasan (Gambar dalam : Saravanan)

SHAH ALAM - Peniaga terutama pemilik pasar raya dan restoran perlu menyokong usaha kerajaan membantu rakyat menangani peningkatan harga barang dengan menawarkan harga jualan yang seimbang dengan pendapatan pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Dr Saravanan Thambirajah berkata, sikap dan tanggungjawab sosial itu dapat meringankan beban isi rumah terutama golongan berpendapatan rendah (B40).

Iklan
Iklan

Ujar beliau, mengambil contoh menu nasi bajet yang diperkenalkan oleh sesetengah restoran, golongan peniaga tersebut sebenarnya berupaya menjual barangan dengan harga berpatutan.

"Sekarang ini kalau kita lihat, inisiatif yang telah dijalankan kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) adalah pelaksanaan Program Bakul Rahmah untuk golongan B40.

Iklan

Beliau mengulas ketika ditanya mengenai kadar inflasi di Malaysia yang mereda kepada 3.8 peratus ketika Disember 2022 berbanding empat peratus pada bulan sebelumnya.

Saravanan berkata, usaha itu sebenarnya boleh diperluaskan dengan penglibatan lebih ramai lagi golongan peniaga.

Iklan

Jelas beliau, perkara tersebut penting bagi memberi sokongan terhadap golongan B40 yang kebanyakannya menghadapi isu pendapatan tidak sepadan dengan nilai keseluruhan harga barangan.

"Rata-rata golongan B40 ini berpendapatan di bawah RM1,000, namun mereka membelanjakan sebanyak satu pertiga atau sekitar RM400 ke RM480 bagi membeli barang keperluan,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun mengingatkan kepada orang ramai supaya membuat pilihan yang bijak dalam mendapatkan barang dan perkhidmatan.