KUALA LUMPUR - Seramai 44 penumpang berdepan detik cemas selepas bas persiaran dinaiki mereka mengalami kebakaran di Plaza Tol UPM, Serdang.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.19 pagi, pada Ahad.