Pahang sedia peruntukan RM8 juta naik taraf TKPM Jelai

Iklan
Wan Rosdy mengadakan melawat ke TKPM Jelai untuk melihat sendiri perkembangan projek tanaman nangka madu di kawasan itu pada Sabtu.

KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang meluluskan peruntukan RM8 juta bagi menaiktaraf Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Jelai, Lipis.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian terutamanya melibatkan infrastruktur asas di TKPM Jelai yang perlu ditingkatkan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, peruntukan yang diluluskan itu bagi meningkatkan infrastruktur asas seperti jalan raya, talian elektrik, bekalan air dan kerja-kerja pembersihan kawasan.

Wan Rosdy mengadakan melawat ke TKPM Jelai untuk melihat sendiri perkembangan projek tanaman nangka madu di kawasan itu pada Sabtu.

"Secara keseluruhannya saya berpuas hati terhadap perjalanan projek yang diusahakan penduduk setempat di atas tanah seluas 200 hektar ini.

Iklan

"Jadi dengan adanya infrastruktur asas ini diharap dapat memberi keselesaan kepada pekerja sekali gus meningkatkan pengeluaran hasil tanaman di TKPM Jelai ini," katanya melalui satu hantaran di Facebooknya.

Wan Rosdy sebelum itu melawat TKPM Jelai untuk melihat sendiri perkembangan projek tanaman nangka madu di kawasan itu pada Sabtu.

Iklan

Tambahnya, kerajaan negeri akan sentiasa memantau perkembangan semasa projek-projek penyediaan infrastruktur itu bagi memastikan ia berjalan lancar dan siap pada waktu yang ditetapkan.