JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor membenarkan perarakan Chingay secara besar-besaran pada tahun ini selepas hanya dapat mengadakannya dalam skala yang kecil sebelum ini akibat penularan Covid-19.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bagi menjayakan Perarakan Chingay 2023 kerajaan negeri akan menyumbang RM200,000.
"Sekarang kita nak majukan Johor, kita perlu gembleng bersama semua pihak, kekuatan kita adalah perpaduan kerana saya percaya dengan perpaduan kita akan menjadi kuat.
"Kita bergerak sebagai satu keluarga, untuk tunjukkan komitmen itu, kerajaan negeri menyokong usaha yang dilakukan Persatuan Tiong Hua, ini termasuklah dengan penganjuran sambutan Chingay secara besar-besaran.
"Oleh itu, dengan suka cita saya umumkan peruntukan RM200,000 untuk majlis Chingay pada tahun ini," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra dan Muhibah Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina di Wisma Tiong Hua pada Ahad.
Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru, Presiden Persekutuan Tionghua Johor Bahru Ho Sow Tong serta barisan Exco kerajaan negeri.
Kira-kira 500 tetamu hadir dalam program anjuran Persekutuan Tionghua Johor Bahru itu yang dimeriahkan dengan persembahan pukulan gendang, tarian masyarakat Cina, seni kaligrafi dan wushu.
Sejak 2020, perarakan Chingay dibenar diadakan secara kecil-kecilan berikutan penularan wabak Covid-19.
Sementara itu, Onn Hafiz meminta sokongan daripada kaum Cina di negeri ini untuk terus membantu beliau memacu pembangunan dan kesejahteraan Johor pada masa depan.
"Pada tahun lalu, Johor merekodkan lebih daripada RM60 bilion dalam pelaburan, dan pada tahun ini kita turut berazam untuk mengulangi kejayaan itu. Jadi untuk mencapai perkara tersebut adalah penting bagi rakyat negara ini bersatu pada dan bekerjasama," ujarnya.
Katanya, kerajaan negeri juga akan melakukan yang terbaik bagi memastikan kesejahteraan rakyat tanpa mengira warna kulit rakyat.