Kilang Kopi Tertua

Iklan
Kilang kopi Sin Boon Kee (SBK) iaitu kilang penghasil kopi tertua di Pulau Pinang dan masih mengekalkan citarasa asli dan kelazatannya.Kilang kopi SBK yang terletak di Jelutong dibina pada tahun 1944.

Menurut generasi keempat pemilik kilang kopi itu, Jonathan Chan, 31, kilang berkenaan masih mengekalkan beberapa cara membuat kopi secara tradisional bagi memastikan keaslian dan bau harum kopi berkenaan.

Tambahnya lagi, biji kopi dimasak secara manual bagi memastikan kelazatan turun temurun dikekalkan.Kilang yang berusia 79 tahun itu membekalkan kopi berkualiti tinggi kepada lebih 800 kedai kopi, kedai runcit dan gedung serbaneka. Ia menjadi pengeluar, pengedar dan pemborong kopi utama di Pulau Pinang.

Menurut Jonathan, bagi mengharumkan lagi nama kilang SBK dalam kalangan orang ramai terutama golongan generasi muda, SBK menggunakan kepakarannya dalam industri kopi dan membangunkan pelbagai jenis produk minuman dengan konsep SBK Coffee Concept Store Sdn Bhd.

Kini SBK Coffee Concept menjual 26 jenis produk perisa minuman terbanyak dan menempa nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR). - Foto Bernama.