Anggota, pegawai polis ditahan sertai pertubuhan haram

Iklan
Beberapa anggota dan pegawai polis ditahan dipercayai terlibat dengan aktiviti pertubuhan haram, pada Jumaat.

DUNGUN - Beberapa anggota dan pegawai polis ditahan dipercayai terlibat dengan aktiviti pertubuhan haram di sini pada Jumaat.

Operasi khas yang dijalankan pihak Bukit Aman itu turut menahan beberapa orang awam.

Iklan
Iklan

Difahamkan, pertubuhan itu dipercayai aktif dalam kalangan anggota terbabit sejak beberapa tahun lalu.

Tambah sumber, kesemua tangkapan telah direman untuk siasatan lanjut di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

"Siasatan masih dijalankan dan satu sidang media akan dibuat dalam masa terdekat mengenai perkara ini," ujarnya

Iklan