WASHINGTON - Ketua Staf Presiden Amerika Syarikat (AS), Ron Klain merancang untuk berundur, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik media tempatan.
Klain dijangka melepaskan jawatannya dalam beberapa minggu lagi, lapor New York Times dan CNN pada Sabtu.
Iklan
Iklan
Setakat ini tiada maklumat mengenai pengganti Klain. Presiden Joe Biden melantik Klain kira-kira dua tahun lalu semasa permulaan penggal beliau sebagai presiden.
Dilaporkan, Klain berkemungkinan berundur selepas Biden berucap pada State of the Union, 7 Februari nanti.
Klain, 61, yang menjadi orang kepercayaan Biden dikatakan pernah menyuarakan hasrat untuk berundur sejak pilihan raya separuh penggal AS pada November.
Berita mengenai pengunduran Klain itu timbul di tengah-tengah penyiasatan mengenai penemuan dokumen sulit yang mempunyai kaitan dengan Biden. - Bernama