Pendaki dikhuatiri lemas dihanyutkan arus Sungai Tanum

Iklan
Seorang pendaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika melintasi Sungai Tanum, Lipis pada Ahad. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Ismail)

KUANTAN - Seorang pendaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika melintasi Sungai Tanum, Lipis pada Ahad.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama sembilan yang lain melintas sungai itu dalam perjalanan turun dari Gunung Tahan.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian jam 3.45 petang.

Menurutnya, empat anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lipis bersama 10 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat di Gunung dan Gua (Moscar) serta lima anggota polis melakukan pendakian Gunung Tahan untuk ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

Iklan

"Berdasarkan maklumat, mangsa bersama rakan pendaki lain melakukan pendakian melalui pintu masuk di Merapoh, Lipis pada Jumaat lalu dan dijangka turun pada Selasa ini.

"Ekoran keadaan cuaca hujan lebat, kumpulan pendaki itu mengambil keputusan berpatah balik dan turun melalui laluan Kuala Juram," katanya.

Iklan