Axelsen tumbang di tangan Kunlavut

Iklan
Kunlavut mencipta sensasi menjuarai Terbuka India 2023.

PEMAIN perseorangan lelaki Thailand, Kunlavut Vitidsarn mencipta sensasi apabila muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka India 2023 sebentar tadi.

Dalam aksi final yang berlangsung di Dewan Tertutup KD Jadhav, New Delhi, Kunlavut melakar kemenangan 22-20, 10-21, 21-12 ke atas pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen.

Iklan
Iklan
Axelsen
Iklan

Kemenangan itu menyaksikan Kunlavut akhirnya berjaya memadam badinya dalam pertemuan menentang Axelsen sebelum ini yang menyaksikan dia tewas semua enam perlawanan.

Kali terakhir mereka berentap adalah pada pusingan pertama Terbuka Denmark tahun lalu apabila Kunlavut yang juga pemain nombor sembilan dunia tewas straight set 16-21, 8-21.

Iklan

Sebelum itu, Axelson yang menjuarai Terbuka Malaysia 2023 minggu lalu menewaskan Kunlavut 21-5, 21-16 di pentas final Kejohanan Dunia 2022 di Tokyo, Jepun.