Beruang kutub baham dua beranak di Alaska

Iklan
Ibu muda dan bayinya maut diserang beruang kutub di Alaska. - Agensi
JUNEAU - Seorang ibu muda dan anak lelakinya yang berusia 12 bulan maut selepas diserang seekor beruang kutub di sebuah perkampungan terpencil di Alaska.

Lapor media tempatan, haiwan itu mula mengejar orang ramai selepas memasuki perkampungan Wales di bahagian barat Semenanjung Seward dalam kejadian pada petang Selasa.

Beruang kutub tersebut ditembak hingga mati ketika ia menyerang kedua-dua mangsa.

Iklan
Iklan

Pengarah Komunikasi Jabatan Keselamatan Awam Alaska, Austin McDaniel mengesahkan mangsa yang maut dikenali sebagai Summer Myomick, 24, dan anak lelakinya, Clyde Ongtowasruk.

Serangan beruang kutub yang membawa maut di Alaska sangat jarang berlaku tetapi pakar mengatakan pertembungan dengan manusia akan meningkat apabila lebih banyak ais mencair.

Iklan
Iklan

Kira-kira 150 orang sebahagian besarnya terdiri daripada Orang Asli Inupiaq tinggal di penempatan terpencil itu yang terletak kira-kira 1,907 kilometer (km) dari ibu negeri Juneau. - Agensi