Kerajaan perlu pergiat kempen kesedaran banteras ‘scam’

Iklan
SKMM berjaya menyekat sebanyak 1.8 bilion nombor panggilan ‘scam’ sejak 2017 sehingga kini. - Gambar hiasan

KERAJAAN perlu mempergiatkan kempen kesedaran bagi membanteras ‘scam’ yang kini dilihat semakin berleluasa.

Dengan kempen secara besar-besaran, ia membolehkan orang ramai peka dan mengetahui tindakan-tindakan perlu diambil sekiranya menerima panggilan atau khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mahu menipu mereka.

Iklan
Iklan

Jika dilihat kepada keadaan semasa, kempen kesedaran melibatkan pelbagai platform sama ada media cetak, elektronik dan sosial masih lagi kurang.

Perkara ini menyebabkan jenayah penipuan atau ‘scam’ menerusi panggilan telefon itu masih lagi berleluasa dan angkanya juga dilihat tinggi.

Iklan

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pada Ahad berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berjaya menyekat sebanyak 1.8 bilion nombor panggilan ‘scam’ sejak 2017 sehingga kini.

Katanya, data tersebut dimaklumkan melalui hasil pertemuan dengan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) bersama SKMM.

Iklan

Selain itu ujarnya, sebanyak 300 juta nombor telefon scammer menerusi SMS berjaya dikekang sejak 2018, namun kes penipuan itu masih berlaku.

"Saya minta jika anda menjadi mangsa scam, tolong hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC), di talian 997 untuk membuat laporan. Kita akan bantu untuk mengekang permasalahan ini," katanya.

Dengan 300 juta nombor telefon scammer menerusi SMS itu, kerajaan juga digesa untuk mengetatkan lagi undang-undang terhadap pihak atau individu yang terlibat dengan aktiviti scammer ini.

Sekiranya undang-undang masih lagi tidak diperketatkan, kegiatan penipuan ini akan sentiasa berlaku serta lebih ramai yang menjadi mangsa.