Misteri penemuan ikan piranha di tasik Doncaster

Iklan
Davey menunjukkan ikan piranha di temui di tasik Doncaster.- The Sun

EDLINGTON-ENGLAND. Seorang kaki pancing terkejut apabila menjumpai ikan piranha di tasik Doncaster di sini.

Memetik The Sun, Davey White, 37, berkata, ikan itu ditemui di tepi tasik namun telah mati.

Iklan
Iklan

Katanya, jumlah bilangan itik dan ikan juga dilihat semakin berkurangan sejak kebelakangan ini.

"Saya melihat gigi tajam dan tahu ikan itu adalah piranha.

Iklan

"Saya cuma berharap ikan ini tidak mampu hidup di kawasan ini," katanya.

Penduduk tempatan bimbang dan gusar sekiranya jumlah ikan piranha semakin bertambah di tasik itu.

Iklan

Sementara itu, Mum Toni Hooper, 32, berkata, anak-anaknya sering melakukan aktiviti mendayung dan tasik itu menjadi tumpuan orang ramai berenang.

"Memang ada penduduk sedar, jumlah itik tidak banyak berbanding dulu tetapi anggap ia biasa sahaja," katanya.

Dalam pada itu, ikan piranha, yang berasal dari Amazon, memburu makanan secara berkumpulan menggunakan gigi yang tajam dan juga rahang yang kuat.

Walaupun mereka kecil, mereka sangat ganas dan boleh membesar maksimum sehingga 60 sentimeter.