16 maut bangunan kediaman runtuh di Aleppo, Syria

Iklan
Seramai 16 orang awam terbunuh manakala empat lagi cedera pada Ahad selepas bangunan kediaman runtuh di wilayah Aleppo, utara Syria. - Foto Reuters

DAMSYIK - Seramai 16 orang awam terbunuh manakala empat lagi cedera pada Ahad selepas bangunan kediaman runtuh di wilayah Aleppo, utara Syria, lapor Xinhua memetik Agensi Berita SANA.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, bangunan kediaman lima tingkat itu menempatkan tujuh keluarga dan terletak di kawasan kejiranan Syeikh Maksoud yang majoriti penduduknya Kurdish.

Iklan
Iklan

Bangunan itu runtuh akibat kebocoran air yang telah menjejaskan struktur asasnya. - Bernama

Iklan
Iklan