ISESCO kecam tindakan bakar al-Quran di Stockholm

Iklan
ISESCO pada Ahad mengecam 'tingkah laku biadab' membakar naskhah al-Quran oleh pelampau di Stockholm, Sweden.

AMMAN - Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (ISESCO) pada Ahad mengecam 'tingkah laku biadab' membakar naskhah al-Quran oleh pelampau di Stockholm, Sweden, lapor Petra.

Tindakan ini menunjukkan tindakan tidak bertamadun yang bercanggah dengan semangat toleransi dan menunjukkan ketidakpercayaan terhadap kepelbagaian budaya dan doktrin.

Iklan
Iklan

Perbuatan itu juga boleh membawa kepada tercetusnya perasaan benci dan menghidupkan semula ucapan kebencian, menurut ISESCO dalam satu kenyataan pada Ahad.

Memandang rendah nilai dan prinsip yang mengawal kehidupan negara dan rakyat adalah senjata pemusnah paling berbahaya yang mengganggu struktur keselamatan serta pembangunan dalam masyarakat antarabangsa.

Iklan

Menurut ISESCO, corak pelanggaran sedemikian tidak akan menjejaskan nilai al-Quran yang jumlah penganutnya semakin bertambah dari hari ke hari di serata dunia.

ISESCO tidak akan teragak-agak untuk bergerak ke hadapan bersama pasukan cintakan keamanan dunia dalam menyebarkan kesedaran dan mengukuhkan asas kesederhanaan untuk mencegah penyebaran dan pengembangan kecenderungan melulu ini. - Bernama

Iklan