Op Selamat: Dron bantu JPJ 'kesan' 40 pesalah lalu lintas

Iklan
Anggota JPJ melakukan pemantauan dron melibatkan jalan-jalan utama iaitu Jalan Kuala Krai-Gua Musang, Kota Bharu-Pasir Puteh-Jertih dan Kota Bharu-Machang-Jeli. - Foto JPJ

KOTA BHARU - Sebanyak 40 kes salah laku lalu lintas berjaya dikesan dalam pemantauan dron Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan sepanjang hari pertama Op Selamat Tahun Baharu Cina pada Sabtu.

Pengarahnya, Mohd Misuari Abdullah berkata, ia melibatkan kesalahan melanggar lampu isyarat merah dan memotong garisan berkembar.

Sebanyak 40 kes melibatkan salah laku lalu lintas berjaya 'ditangkap' oleh dron Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepanjang hari pertama Op Selamat Tahun Baharu Cina pada Sabtu. - Foto JPJ

Iklan
Iklan

"Pemantauan dron ini melibatkan jalan-jalan utama iaitu Jalan Kuala Krai-Gua Musang, Kota Bharu-Pasir Puteh-Jertih dan Kota Bharu-Machang-Jeli," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Ujarnya, pengguna jalan raya diingatkan supaya sentiasa memandu dalam keadaan cermat dan bertimbang rasa agar tidak menjadi peyumbang statistik kemalangan di musim perayaan.

Iklan

Mohd Misuari memberitahu, JPJ sentiasa memantau pergerakan pemandu kenderaan supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.

Iklan