Pesakit kanser jual buah asam sara anak autisme

Iklan
Faridah meriba Ku Ahmad Adam di samping Ku Arman (kiri).

KOTA BHARU - Seorang ibu tunggal yang menderita kanser payudara tahap empat menjalankan perniagaan buah asam bagi menyara kehidupannya bersama empat anak termasuk seorang yang menghidap autisme.

Faridah Md Salleh, 51, berkata, penyakit dihidapinya sejak 10 tahun lalu itu menyebabkan dia tidak dapat meneruskan pekerjaan membuat dan menjual kuih seperti sebelum ini bagi menambah pendapatan mereka sekeluarga.

Iklan
Iklan

Katanya, beberapa tahun lalu, dia mula membeli asam secara borong dan kemudian dibungkus dalam bekas atau plastik yang lebih kecil serta diletakkan di kedai-kedai makan di sekitar Kedai Lalat di sini untuk dijual dengan harga antara RM2 dan RM3.50 setiap satu.

"Saya beli borong dalam kuantiti yang sedikit sahaja kerana tidak cukup modal. Kalau jualan habis, dapatlah untung RM5 setiap dua kilogram.

Iklan

"Kadang-kadang tak sempat nak pusing modal sebab duit digunakan untuk makan minum anak-anak,” katanya ketika ditemui di rumah milik bekas suaminya di Kampung Senang di Kedai Lalat, di sini, pada Isnin.

Faridah bersama empat anaknya iaitu, Ku Sarah Syahidah Ku Hamzah, 14, yang bersekolah di Sekolah Arab Kenali Ar-Rahmah, Ku Arishya Tania, 13, (Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Bahar), Ku Arman Taqif, 11, (Sekolah Kebangsaan Raja Bahar) dan Ku Ahmad Adam, 7, (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Madani Kampung Chepa) juga kanak-kanak autisme tinggal sementara di rumah tersebut kerana rumah mereka di Kampung Chepa sedang dibaiki oleh pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Iklan

Bekas suami Faridah pula tinggal berasingan di rumah lain di kampung sama.

Faridah

Kesemua anak Faridah menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM150 setiap seorang.

"Kalau diikutkan memang tidak cukup, tetapi kami masih dapat makan nasi berlauk ikan dan kadang-kala telur. Lauk lebih sedap daripada itu seperti ayam jarang-jarang dapat rasa kecuali apabila bekas suami belikan,” kata Faridah.

Menurutnya, dalam keadaan sakit sukar bernafas dan barah pada payudara itu juga dia perlu memberi lebih perhatian kepada anak bongsu kerana kanak-kanak autisme tersebut tidak dapat menguruskan diri sendiri dengan baik.

"Dia diserang sawan pada usia tiga bulan, tangan kanannya tak dapat membengkok atau menggenggam objek.

Buah asam yang dijual oleh Faridah.

"Dia juga masih memakai lampin pakai buang dan tidak fasih bertutur,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga Faridah boleh salurkan bantuan ke akaun Bank Islam 03018021794136 atas nama Faridah Md Salah @ Md Salleh.