Hasrat tiga beradik tunang serentak tidak kesampaian

Iklan
Siti Nurzannah (belakang) dan Masrina (depan, kanan) merancang untuk mengadakan majlis pertunangan bersama seorang lagi adik mereka pada bulan hadapan.

KLUANG - Hajat dua beradik Siti Nurzannah Kahdar, 25, dan Masrina, 20 mahu melangsungkan majlis pertunangan serentak pada bulan depan tidak kesampaian apabila kedua-duanya meninggal dunia akibat nahas jalan raya di Kilometer (KM) 71, Jalan Batu Pahat-Mersing pada petang Ahad.

Kakaknya, Rosnina M Riyanto, 28, berkata, kedua-dua adik tirinya itu merancang untuk mengadakan majlis pertunangan bersama seorang lagi adik beradik mereka, Masrini, 22.

Rosnina

Iklan
Iklan

"Hajat ibu kami mahu melihat ketiga-tiganya mengikat tali pertunangan serentak pada majlis yang diadakan pada 24 Febuari depan. Tarikh tersebut juga cukup istimewa kerana ia adalah hari lahir Masrina.

"Sudah tentu majlis pertunangan ini ditunggu- tunggu kami sekeluarga, lebih-lebih lagi kami 13 adik beradik cukup rapat walaupun berbeza ayah kandung. Namun kami sekeluarga kini reda dengan ketentuan Illahi," katanya.

Iklan

Rosnina memberitahu Siti Nurzannah dan Masrina sangat mesra dengan tiga orang anaknya terutama Nur Annalesha Rania Mohd Arifin, 6.

"Sewaktu kejadian, Siti Nurzannah memangku Nur Annalesha. Saya cukup sebak apabila mendapati arwah memeluk erat Nur Annalesha ketika kemalangan.

Iklan

"Pelukan erat itu dapat melindungi anak saya dari terkena renjatan elektrik dan serpihan kaca," katanya.

Dalam kejadian itu, Masrina dan anak sulung Rosnina, Mohd Ashraf Mohd Arifin, 11 meninggal dunia di lokasi kemalangan manakala Siti Nurzannah meninggal dunia ketika menerima rawatan di zon merah Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom ( HEBHK).

Sementara, Annalesha Rania masih lagi menerima rawatan di HEHBK kerana cedera di bahagian kepala dan pinggul.

Sebelum itu, enam dilaporkan maut termasuk dua kanak-kanak selepas sebuah Perodua Myvi dinaiki lapan individu terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan jenis Honda Stream di KM 71 Jalan Batu Pahat- Kluang, di sini, pada kira-kira jam 4.40 petang pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN:Lima termasuk dua kanak-kanak maut kemalangan

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Terkena renjatan elektrik ketika selamatkan mangsa kemalangan

ARTIKEL BERKAITAN: Arwah kumpul duit untuk beli hadiah hari lahir rakan sekelas

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah dua beradik maut kemalangan selamat dikebumikan

ARTIKEL BERKAITAN:Seorang lagi maut, mangsa mahu pergi berkelah di Mersing