Pakistan bergelap akibat gangguan bekalan elektrik

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

ISLAMABAD - Pakistan dilanda kegelapan pada pagi Isnin selepas sistem penghantaran bekalan elektrik mengalami kerosakan menyebabkan gangguan berlaku di seluruh negara.

"Gangguan bekalan di negara ini disebabkan penurunan mendadak dalam frekuensi sistem penghantaran kuasa yang mengakibatkan kerosakan besar,” menurut akaun Twitter Kementerian Tenaga pada Isnin.

Iklan
Iklan

Kerja-kerja penyelenggaraan sistem sedang giat dijalankan, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Menteri Tenaga Khurram Dastagir memberitahu media tempatan kerja-kerja baik pulih mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya 12 jam.

Iklan

Tanda pagar #poweroutage menjadi trend di media sosial dengan beberapa pihak menganggap kerajaan campuran yang diketuai oleh Perdana Menteri Shehbaz Sharif bertanggungjawab atas gangguan itu.

Gangguan bekalan elektrik itu antara yang paling teruk pernah dialami Pakistan kerana menjejaskan hampir kesemua bandar utama di seluruh negara termasuk Islamabad. - Bernama

Iklan