Hasrat diami rumah sendiri sebelum tutup mata tercapai

Iklan
Zainab (tiga dari kanan) menerima kunci rumahnya ketika kunjungan Perkasa Parlimen Kuala Kedah pada Ahad.

ALOR SETAR - Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Parlimen Kuala Kedah mengambil masa selama lima tahun untuk membaik pulih rumah seorang ibu tunggal di Taman Wira Mergong di sini.

Pengerusinya, Mohammad Asri Mustafa berkata, tempoh agak lama bagi menyiapkan rumah Zainab Abu, 73, kerana semua kerja baik pulih dijalankan bergantung atas dana yang diterima.

Iklan
Iklan

"Keseluruhan bagi kerja-kerja baik pulih bumbung, pintu rumah, tingkap, tandas, pendawaian elektrik dan lain-lain menelan belanja hampir RM35,000.

"Saya berterima kasih kepada orang awam yang menyumbang terutamanya ahli Perkasa Parlimen Kuala Kedah kerana merealisasikan hasrat Zainab untuk tinggal semula di rumahnya sebelum dia meninggal dunia," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Iklan

Menurutnya, Zainab sebelum ini menyewa bilik di Persatuan Rumah Ibu Tunggal Taman Wira di sini dengan kadar bayaran RM100 sebulan.

"Zainab seorang ibu tunggal dan dia pun sudah berusia, walaupun terpaksa menunggu lama, tetapi saya berharap penyerahan kunci rumah ini memberi makna besar untuknya di tahun 2023," katanya.

Iklan

Sementara itu, Zainab berkata, dia gembira dan bersyukur kerana penantian selama lima tahun untuk tinggal semula di rumahnya berakhir.

"Saya kerja di kedai makan dengan gaji hari saja, kalau saya nak baiki semua kerosakan ini memang tak mampu.

"Saya berterima kasih kepada Perkasa Parlimen Kuala Kedah kerana prihatin dan berusaha kumpul duit untuk siapkan rumah saya," katanya.

Zainab berkata, walaupun rumahnya tidak dilengkapi dengan sebarang kelengkapan seperti peti ais dan katil, namun dia tetap bersyukur.