'Bakar al-Quran tindakan tidak bertamadun'

Iklan
Gambar kecil: Nazree

SEREMBAN - Tindakan Islamofobia ahli politik sayap kanan Sweden, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran di Stockhlom, pada Sabtu disiifatkan sebagai tindakan yang tidak bertamadun.

Menurut Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan, Nazree Yunus, perbuatan itu juga tidak boleh menjadi contoh kepada mana-mana masyarakat dunia.

Iklan
Iklan

"Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ahli politik yang menyemarakkan kebencian kepada Islam ( Islamofobia ) kepada masyarakat seperti mana yang dilakukan oleh ahli politik Sweden, Rasmus Paludan.

"Ia bukan saja mengundang kemarahan kepada rakyat Turkiye malah kepada umat Islam di seluruh dunia," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Jelasnya, Islam adalah agama harmoni yang menghormati agama dan budaya bangsa lain. Islam juga adalah agama yang menyampaikan kebaikan dan menyemai kedamaian.

"Agama Islam bukan seperti yang digambarkan oleh sebahagian pandangan barat yang membayangkan Islam adalah agama keganasan dan membawa kepada keganasan.

Iklan

"Pendekatan dialog berterusan adalah menjadi ruang kepada masyarakat dunia untuk terus mengenal Islam dalam konteks yang sebenar.

"Golongan muda mesti memainkan peranan menerang dan menunjukkan contoh peribadi muslim yang baik kepada semua. Media sosial boleh digunakan bagi tujuan penyebaran Islam yang murni," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia ahli politik sayap kanan Sweden, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Sweden perlu mengambil tindakan tegas terhadap pelaku dan memastikan langkah drastik diambil pada masa depan dalam menangani kebangkitan Islamofobia yang membimbangkan itu.