Kelantan United FC rekrut penyerang Kyrgyzstan

Iklan
Ernist Batyrkanov

JENTERA serangan Kelantan United FC diperkukuhkan dengan kehadiran penyerang kebangsaan Kyrgyzstan, Ernist Batyrkanov untuk menghadapi saingan Liga Super musim depan.

Kelab itu dalam satu kenyataan memaklumkan, Ernist berkebolehan untuk beraksi di sayap kiri dan kanan selain berpengalaman beraksi di Liga Utama Armenia serta Kazakhstan.

Iklan
Iklan

"Kelantan United FC mengharapkan kehadiran Ernist Batyrkanov akan membantu pasukan memberi cabaran kepada kelab lain yang bersaing dalam saingan Liga Malaysia musim 2023," menurut kenyataan itu pada Ahad.

Dia kemudiannya berkelana ke Liga Kazakhstan, Kyzyl-Zhar pada tahun 2021 dan tidak sampai setahun, pemain kelahiran Bishkek itu disambar kelab Liga Armenia, FC Va.

Iklan

Pada musim lepas, pemain berusia 25 tahun itu beraksi bersama pasukan FC Abdysh-Ata Kant dan membantu kelab berkenaan muncul juara Liga Premier Kyrgyzstan serta Piala Kyrgyzstan.

Dia menjaringkan 13 gol dan 6 bantuan gol keseluruhan untuk meletakkan dirinya dalam senarai terkini skuad Kebangsaan Kyrgyzstan dan kali terakhir tersenarai ialah ketika aksi persahabatan pada September 2022 melawan Rusia.

Iklan

Ernist menjadi pemain import ketiga diumumkan Kelantan United selepas menandatangani pemain Brazil, Yan Victor dan bekas pemain tengah Kelantan, Morgaro Gomis.