1,724 kenderaan kemalangan pada Tahun Baharu Cina

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,445 kemalangan dicatatkan di seluruh negara menjelang hari kelima Op Selamat ke-19 sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina pada Ahad.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, jumlah kemalangan itu melibatkan sebanyak 1,724 kenderaan pelbagai jenis.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan statistik, jumlah mengikut kenderaan terlibat dalam kemalangan jalan raya menunjukkan kereta mencatatkan 75.99 peratus iaitu sebanyak 1,310 buah.

"Manakala pacuan empat roda mencatatkan 13.34 peratus daripada jumlah keseluruhan iaitu sebanyak 230 buah terlibat kemalangan di seluruh negara pada Ahad," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Mat Kasim berkata, jenis kenderaan selebihnya terdiri dari motosikal sebanyak 17 buah, bas (11), van (sembilan), teksi (dua) dan sebuah ambulans turut terlibat dalam kemalangan.

Pada Ahad Sinar Harian melaporkan, seramai 58 individu maut dalam tempoh empat hari sejak Op Selamat ke-19 dikuatkuasakan di seluruh negara.

Iklan

Jumlah berkenaan berdasarkan statistik di seluruh negara bermula 18 hingga 21 Januari membabitkan sebanyak 52 kemalangan maut sepanjang tempoh terbabit.

Pada 13 Januari lalu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain merasmikan Pelancaran Op Selamat 19 Tahun Baharu Cina di Restoran Jejantas, Ayer Keroh, Melaka (arah selatan), Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Dengan mengekalkan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi’, Polis Diraja Malaysia terus menumpukan usaha untuk meminimumkan kemalangan jalan raya dan meningkatkan kawalan pencegahan jenayah pecah rumah sepanjang musim perayaan.