KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi mengenalpasti sebarang elemen anti-persaingan yang mungkin berlaku di dalam pasaran telur ayam tempatan.
Selain isu pencatutan yang mungkin menjadi penyebab kepada isu kenaikan harga telur ayam, MyCC akan melihat kepada perlakuan anti persaingan yang diamalkan oleh perusahaan seperti kartel penetapan harga, pembahagian kawasan persaingan dan menghadkan pengeluaran secara sengaja.
"MyCC akan menggunakan segala kuasanya yang ada di bawah Akta Persaingan 2010 untuk bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan yang relevan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana perusahaan yang terlibat dalam sebarang kegiatan kartel demi memastikan kesejahteraan serta kepentingan pengguna di Malaysia kekal terpelihara,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MyCC Iskandar Ismail dalam kenyataannya hari ini.
"Kita juga akan mengambil kira harga harian dan jumlah pengeluaran telur ayam dalam menilai perkara ini,” kata beliau lagi.
Sebagai tambahan, mereka akan melihat dengan teliti aktiviti mengeksport telur ayam ke pasaran luar negara yang semakin meningkat kebelakangan ini. - Bernama