PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menaiki kereta pemanduan sendiri dengan gabungan 5G dari Istana Kehakiman ke Kompleks Perbadanan Putrajaya di sini untuk ke majlis pelancaran Pameran 5G.
Beliau menaiki kenderaan Proton Exora dengan gabungan 5G itu bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo selama lima minit.