DBKL sita premis perniagaan warga asing

Iklan
Antara premis yang dikenakan tindakan oleh pihak DBKL.

KUALA LUMPUR - Sejumlah 14 tindakan penguatkuasaan dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di premis perniagaan dijalankan warga asing sekitar kawasan Gombak dan Setapak.

DBKL dalam satu kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan, tindakan berkenaan meliputi tujuh pengeluaran kompaun dan tujuh tindakan penutupan premis.

Iklan
Iklan

"Antara premis yang dikenakan tindakan penguatkuasaan ini adalah kedai perabot, pengurusan perkhidmatan konsultansi, kedai gunting rambut, pusat cuci kereta dan kedai jahit.

"Kesemua aktiviti perniagaan ini dijalankan oleh warga asing dan terdapat juga yang menggunakan kad UNHCR (Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian)," menurut kenyataan itu.

Sejumlah 14 tindakan penguatkuasaan kompaun, sita dan penutupan premis aktiviti perniagaan warga asing tanpa kebenaran dilaksanakan di kawasan Gombak dan Setapak.

Iklan

DBKL dalam kenyataan sama turut memaklumkan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan itu bermula 19 Januari lalu sehingga 23 Januari dan akan diteruskan dari semasa ke semasa.

"Tindakan seumpama ini akan berterusan dan warga kota diminta tidak memberikan sokongan terhadap perniagaan dijalankan oleh warga asing yang tidak mempunyai kebenaran," kata DBKL.

Iklan