KLANG - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Selangor meneruskan operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki warga emas yang dipercayai terjatuh ke dalam laut di Jeti Awam Tanjung Sepat, Kuala Langat, pada Selasa.
Pengarahnya, Kepten Maritim V Siva Kumar berkata, usaha mengesan S Muniandy, 63, yang memasuki hari keempat bersambung pada jam 7 pagi.
Iklan
Iklan
"Keluasan sektor pencarian adalah 35.48 batu nautika persegi, operasi melibatkan aset bot Perkasa 36 dari Maritim Selangor serta bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
"Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Pasukan Polis Marin, Skuad Pantas Majlis Perbandaran Kuala Langat serta komuniti nelayan setempat turut membantu operasi tersebut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Pada Ahad, media melaporkan Muniandy, dipercayai jatuh ke dalam laut selepas anaknya menemukan motosikal, pakaian berupa kain sarung serta selipar milik lelaki itu di hujung jeti kira-kira jam 11 pagi Jumaat lalu.
Muniandy yang bekerja sebagai penimbang kelapa sawit kali terakhir dilihat memakai baju kemeja biru muda dan berseluar pendek warna coklat sebelum dilaporkan hilang di jeti berkenaan.
Artikel Berkaitan