Lima gol Mbappe rekod baharu PSG

Iklan
Mbappe meledak lima gol ketika menumpaskan kelab divisyen enam, Pays de Cassel dalam aksi Piala Perancis pada Selasa.

PENGENDALI Paris Saint Germain (PSG), Christophe Galtier tidak terkejut dengan persembahan Kylian Mbappe yang meledak lima gol ketika menumpaskan kelab divisyen enam, Pays de Cassel dalam aksi Piala Perancis pada Selasa.

PSG mara ke pusingan 16 terbaik dengan kemenangan besar 7-0 dalam aksi yang berlangsung di Stade Bollaert-Delelis, Lens pada Selasa.

Iklan
Iklan

Mbappe meledak hatrik pada separuh masa pertama untuk PSG mendahului 4-0 sebelum meledak dua lagi gol pada babak kedua manakala Neymar dan Carlos Soler masing-masing menjaringkan satu gol untuk kemenangan bergaya kelab gergasi Perancis itu.

Lima gol yang dicipta Mbappe itu menyaksikan dia menjadi pemain PSG pertama yang menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan.

Iklan

"Mbappe adalah penjaring gol dan dia suka menyerang. Saya tidak katakan bahawa dia mendapat keyakinan apabila menjaringkan lima gol, tetapi dia berada pada standardnya.

"Amat penting untuk dia dan Neymar bermain perlawanan penuh. Mereka bekerjasama dengan baik dan itu satu petanda positif," kata Galtier.

Iklan

Dalam pada itu, Mbappe menegaskan menghormati pasukan lawan biarpun tampil berbisa dengan meledak lima gol ke atas pasukan divisyen enam itu.

"Kami gembira, kami datang untuk melayakkan diri dan menghormati pasukan ini.

"Hormat bermakna bermain di peringkat kami. Kami gembira. Ia adalah peluang hebat untuk (Pays de Cassel), dan untuk kami kerana kami juga datang dari bola sepak amatur.

"Kami sangat gembira untuk datang dan bermain, dan ia adalah pertandingan penting untuk PSG," katanya.