Kebebasan bersuara bukan alasan hina kesucian Islam

Iklan
Muhammad Khalil

SHAH ALAM - Kebebasan bersuara diamalkan di Barat tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menghina kesucian agama Islam mahupun mana-mana agama lain, kata Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar Pas Pusat, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Beliau berkata, Pas mengecam sekeras-kerasnya tindakan biadab pemimpin parti politik sayap kanan Denmark Hard Line, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran dan menyifatkannya sebagai ekstrem serta menghina kesucian agama Islam.

Iklan
Iklan

Katanya, adalah amat tidak wajar untuk mana-mana individu dengan sewenang-wenangnya menghina agama lain terutama dalam bentuk provokasi seperti membakar al-Quran mahupun melukis karikatur berupa Nabi Muhammad SAW.

"Di saat dunia berada di ambang ketidaktentuan, insiden seperti ini perlu dihalang agar tidak berlaku pertembungan antara agama yang mampu membawa kepada kesan yang amat buruk,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau pada Selasa.

Iklan

Pada Sabtu lalu, Rasmus yang menyertai bantahan di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm, bertindak membakar al-Quran dengan pemetik api.

Dia bersama kira-kira 100 orang yang berhimpun itu berbuat demikian selepas Turkiye dilaporkan membantah keanggotaan penyertaan Sweden dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Iklan

Dalam pada itu, Muhammad Khalil berkata, umat dan dunia Islam sewajarnya mengecam tindakan biadab itu yang telah mencemarkan kesucian agama Islam.

Ujarnya, menjadi tanggungjawab setiap individu umat Islam untuk mempertahan dan membela agama Islam yang mulia ini daripada terus dihina dan dicemarkan kesuciannya.