KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter dikesan berlaku di Utara Laut Maluku, Indonesia pada 10.13 pagi Selasa.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 155 kilometer (km) tenggara dari Pulau Talaud, Indonesia, dengan kedalaman 72km.