1,312 nahas direkod hari keenam Op Selamat 19

Iklan
Foto hiasan. (Gambar kecil: Mat Kasim)

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,312 kemalangan dicatatkan di seluruh negara berdasarkan statistik hari keenam Op Selamat 19 Tahun Baharu Cina 2023 pada Isnin.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, jumlah itu melihatkan 1,603 pelbagai jenis kenderaan termasuk sebuah kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Iklan
Iklan

"Berdasarkan statistik jumlah mengikut kenderaan terlibat dalam kemalangan jalan raya menunjukkan kereta mencatatkan 72.36 peratus iaitu sebanyak 1,160 buah, pacuan empat roda (210), motosikal (184) dan lori (19).

"Selain itu, kenderaan jenis bas mencatatkan lima kemalangan, van mencatatkan (19), teksi mencatatkan (empat) manakala basikal dan kereta PDRM masing-masing satu kemalangan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Pada Isnin Sinar Harian melaporkan, sebanyak 1,445 kemalangan dicatatkan di seluruh negara menjelang hari kelima Op Selamat 19 Tahun Baharu Cina 2023 pada Ahad.

Sebelum itu, seramai 58 individu dilaporkan maut dalam tempoh empat hari sejak Op Selamat 19 dikuatkuasakan di seluruh negara.

Iklan

Jumlah berkenaan berdasarkan statistik di seluruh negara bermula 18 hingga 21 Januari membabitkan sebanyak 52 kemalangan maut sepanjang tempoh terbabit.