Kedah umum cuti peristiwa 5 Februari sempena Thaipusam

Iklan
Sanusi

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah meluluskan pemberian cuti peristiwa pada 5 Februari ini bersempena sambutan Thaipusam.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan, kelulusan itu dipersetujui menerusi Mesyuarat Exco yang diadakan pada 18 Januari lepas.

Iklan
Iklan

"Pemberian cuti peristiwa ini bertujuan memberikan kemudahan kepada penganut Hindu di negeri ini untuk meraikan hari kebesaran agama mereka bersama keluarga.

"Kepada yang bukan beragama Hindu, pemberian cuti peristiwa ini juga diharap dapat memberikan mereka manfaat sebaik-baiknya memandangkan ia jatuh pada hari Ahad yang berturutan dengan cuti mingguan,” katanya. - Bernama

Iklan

Iklan