ALOR GAJAH - Seorang remaja lelaki antara empat yang cedera selepas kereta Proton Persona dinaiki mereka sekeluarga terbabas di Jalan Melaka Pindah di sini, pada Selasa.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa berusia 14 tahun bersama ibu bapanya masing-masing berusia 52 dan 51 tahun serta sepupu lelaki berusia 25 tahun dipercayai dalam perjalanan dari arah Machap Umboo menghala ke Alor Gajah.
Iklan
Iklan
Komander Operasi Penguasa Bomba Kanan II, Nazri Mat Aris berkata, pasukannya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 10.07 pagi.
"Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah bersama 10 pegawai dan anggota telah digerakkan ke lokasi.
"Sebaik tiba kita mendapati semua mangsa yang mengalami cedera ringan telah diselamatkan dan berjaya dikeluarkan sebelum dihantar ke Hospital Alor Gajah menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan.
Tambah beliau, operasi tamat sepenuhnya jam 11.23 pagi dan tugas seterusnya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Artikel Berkaitan