Sarjan mejar kritikal jatuh dari tingkat 4

Iklan
Gambar hiasan

IPOH - Seorang anggota polis yang bakal melangsungkan perkahwinan kritikal selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan di Lumut pada Isnin.

Lelaki berusia 38 tahun berpangkat sarjan mejar itu bertugas dalam Kontinjen Pahang dan dilaporkan sedang dalam tempoh bercuti ketika kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, maklumat awal memaklumkan anggota berkenaan sepatutnya melangsungkan perkahwinan semalam di rumah keluarganya di Ayer Tawar.

"Siasatan kemudiannya mendapati mangsa merupakan seorang anggota polis.

Iklan

"Mangsa kini dalam keadaan kritikal dan masih dalam rawatan di Hospital Seri Manjung," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata, buat masa ini, polis masih menyiasat motif kejadian.

Iklan

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor N Ravinthiran di talian 019-6508489 untuk membantu siasatan.

"Motif kejadian masih belum diketahui dan dalam siasatan polis.

"Jadi kita menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkan maklumat yang tidak sah berkenaan kejadian ini," katanya.