Festival Kraf Tekstil Pantai Timur di tiga pusat beli belah

Iklan
Exco Pahang, Leong Yu Man meninjau aktiviti yang diadakan dalam Festival Kraf Tekstil Pantai Timur 2023 di ECM, Kuantan, Pahang.

KUALA TERENGGANU - Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) sedang menganjurkan Festival Kraf Tekstil Pantai Timur (FKTPT) 2023 bermula 19 hingga 29 Januari nanti di tiga pusat beli belah.

Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia dalam satu kenyataan berkata, FKTPT 2023 berlangsung selama 11 hari di KTCC Mall, Kuala Terengganu, Mesra Mall, Kemaman dan East Coast Mall (ECM) di Kuantan, Pahang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pelbagai aktiviti menarik diadakan iaitu jualan pelbagai produk kraf seperti tekstil, hasil rimba, pameran batik Malaysia, demonstrasi kraf, interaktif kraf, pameran ‘Jom masuk Institut Kraf Negara’ dan pameran Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja (IKTPD).

"FKTPT 2023 mula dianjurkan sejak tahun 2019 untuk mempromosikan produk kraf tekstil iaitu batik, songket, Tenun Pahang Diraja yang dihasilkan oleh usahawan dan komuniti kraf khususnya di negeri di pantai timur,” katanya.

Iklan

Kenyataan itu berkata, seramai 60,000 pengunjung dijangka hadir ke tiga lokasi festival tersebut dengan sasaran nilai jualan berjumlah RM1.5 juta.

Jelasnya, penganjuran FKTPT 2023 melibatkan penyertaan seramai 75 orang usahawan kraf terdiri daripada usahawan dari negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang selain usahawan kraf dari negeri lain.

Iklan

"Kraftangan Malaysia berharap penganjuran program ini dapat menggalakkan lebih ramai masyarakat di negara ini membudayakan pemakaian produk kraf tekstil tempatan sebagai satu gaya hidup.

"Usaha ini diharap dapat menyemarakkan semangat cintakan seni kraf warisan terutamanya generasi muda,” kata kenyataan itu.