JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 1,093 orang setakat 4 petang Selasa berbanding 422 mangsa yang direkodkan pada pukul 2 petang tadi, susulan hujan lebat yang tidak henti-henti sejak awal pagi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (PPBN) memaklumkan, lima lagi pusat pemindahan sementara (PPS) baru dibuka menjadikan kesemuanya 13 PPS di Daerah Kluang, Segamat dan Kota Tinggi.