[DIKEMAS KINI] THAILAND tidak akan menyertai saingan Pestabola Merdeka kerana akan memberikan tumpuan kepada Piala Raja Thailand yang akan diadakan pada September depan.
Memetik laporan media Thailand, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) memaklumkan tarikh Pestabola Merdeka itu akan bertembung dengan Piala Raja Thailand.
Malah, FAT juga memaklumkan pihak mereka belum menerima sebarang jemputan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia untuk menyertai kejohanan itu.
"FAT juga sedang menjemput beberapa pasukan untuk beraksi dalam saingan piala berkenaan," kata laporan itu.
FAM sebelum ini menyasarkan Thailand, Vietnam, Palestin dan Syria untuk menyertai Pestabola Merdeka selepas kali terakhir kejohanan tersebut diadakan pada 2013.
FAM sebelum ini menjemput Thailand untuk menyertai Pestabola Merdeka selepas kali terakhir kejohanan tersebut diadakan pada 2013.
Beberapa pasukan seperti Vietnam, Palestin dan Syria juga dalam perancangan badan induk bola sepak negara itu untuk dijemput beraksi dalam Pestabola Merdeka.