NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT.Bekas peguam peribadi Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, Michael Cohen dihukum penjara tiga tahun atas beberapa kesalahan termasuk membuat kenyataan palsu.
Hakim William Pauley semalam memutuskan Cohen bersalah atas tuduhan mengelak cukai,membuat kenyataan palsu kepada Kongres tentang rundingan AS-Rusia berhubung projek menara pencakar langit milik Trump di Moscow.
Selain itu, Cohen didapati bersalah membuat bayaran haram kepada wanita yang terlibat membantu kempen pilihan raya presiden Trump pada 2016.
Menurut Cohen, Trump menyebabkannya 'mengambil lorong kegelapan' dan tidak mengikuti jalan kebenaran.
Dia menegaskan, kelemahannya ialah setia membuta tuli kepada Trump dan merasakan adalah tanggungjawabnya untuk menutup kelakuan buruk ketuanya ketika itu.
Terdahulu, peguamnya memohon hukuman dikurangkan atas alasan anak guamnya memberi kerjasama baik selama ini, namun permohonan itu ditolak.