Tiga sungai rekod paras bahaya di Johor malam ini

Iklan
Sungai Segamat antara sungai di Johor melebihi paras bahaya pada malam Selasa.

KUALA LUMPUR - Tiga stesen yang merekodkan data aras sungai di Johor mencatatkan tiga sungai telah melebihi paras bahaya dengan trend menaik setakat jam 8 malam Selasa sementara empat lagi merekodkan aras amaran.

Menurut kenyataan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tiga stesen tersebut ialah Sungai Gemas di Kampung Lubok Kepong, Segamat dengan bacaan 19.09 meter (m), Stesen Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat (6.76m) dan Stesen Sungai Segamat di Segamat Kechil (38.70m).

Iklan
Iklan

Stesen yang mencatatkan paras air pada tahap amaran di Johor ialah Stesen Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang dengan bacaan 14.83m, Kampung Parit Tengah, Muar (3.17m), Sungai Siku di Kampung Murni Jaya, Kulai (17.82m) dan Stesen Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat (19.79m).

JPS memaklumkan, tiga lagi stesen masing-masing satu di Sarawak, Pahang dan Negeri Sembilan mencatatkan status kategori amaran.

Iklan

Di Sarawak, Stesen Kuala Balingian di Mukah mencatatkan bacaan 1.37m manakala Stesen Sungai Pukin di Rompin dengan catatan 44.68m.

Sementara di Negeri Sembilan, paras air di Stesen Sungai Gemas di Kampung Tiong, Tampin juga dalam kategori amaran dengan bacaan 21.51m. - Bernama

Iklan