BUENOS AIRES - Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud melanda Santiago Del Estero, wilayah Argentina pada Selasa.
Menurut Pusat Seismologi Eropah-Mediterania (EMSC), gempa berlaku pada kedalaman 611 kilometer.
Tiada maklumat lanjut berhubung kerosakan atau kehilangan nyawa serta amaran tsunami diperoleh setakat ini. - Awani.