GHANA - Lapan pelajar sekolah di Wilayah Timur Bono Ghana mati lemas pada Selasa selepas bot yang membawa mereka ke sekolah terbalik di Tasik Volta, menurut pegawai.
Pertubuhan Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMO) memberitahu media lima pelajar lelaki dan tiga perempuan berusia lima hingga 12 tahun itu adalah antara 20 pelajar yang dalam perjalanan ke sekolah di Wayokope, sebuah komuniti di seberang tasik, lapor Xinhua.