KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengeluarkan 53 kompaun terhadap warga asing dalam Operasi Kutu Sampah di sekitar Jalan Baharu dan Jalan Pos Baru di Pusat Bandar Klang Utara di sini.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dalam satu kenyataan memaklumkan Operasi Kutu Sampah pada Selasa itu disertai enam anggota termasuk pemandu daripada Unit Pusat Bandar MPK.
Iklan
Iklan
"Hasil operasi tersebut, pasukan mengeluarkan 53 kompaun kepada warga asing yang melakukan kesalahan membuang sampah kecil seperti puntung rokok, kertas, tin minuman dan botol minuman di tempat awam,” kata MPK dalam kenyataan.
Dalam pada itu, MPK turut memaklumkan perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil 4, Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap Majlis Perbandaran Klang 2007.