Tenis Terbuka Australia: Kisah dongeng Magda Linette

Iklan
Linette melakar kejutan menewaskan bekas pemain nombor satu dunia. - Foto AFP

PENGEMBARAAN kisah dongeng Magda Linette apabila meneruskan momentum kemenangan dengan melakar kejutan mara ke separuh akhir kejohanan Tenis Terbuka Australia pada Rabu.

Pemain bukan pilihan dari Poland itu mengetepikan cabaran bekas pemain nombor satu dunia, Karolina Pliskova 6-3, 7-5 di Melbourne.

Iklan
Iklan

"Kemenangan ini sangat bermakna dan saya sukar mempercayainya.

Linette yang menghuni ranking ke-45 dunia kurang diberi tumpuan berbanding rakan senegara, Iga Swiatek yang sudah tersingkir daripada saingan di Melbourne Park.

Iklan

Pemain berusia 30 tahun itu berjuang untuk merebut tempat ke final dan akan membuat perhitungan sama ada Aryna Sabalenka atau Donna Vekic.

Suasana dramatik menyelubungi Rod Laver Arena apabila Linette mencampakkan raket selepas mengutip mata kemenangan di set kedua untuk meraih tiket ke separuh akhir kali pertama dalam 30 penampilan Grand Slamnya.

Iklan

"Detik yang saya tidak akan lupakan.

"Saya bekerja keras sekian lama dan mengatasi pelbagai cabaran. Kemaraan ini pastinya kekal dalam kehidupan, jadi saya sangat bersyukur,” katanya.

Linette tidak pernah melepasi pusingan ketiga di Grand Slam sebelum tiba di Melbourne Park sambil berkata;

"Perubahan mentaliti antara punca kisah 'dongengnya' kali ini.”