Pencuri terlelap positif dadah

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu.

JEMPOL - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki yang menceroboh di sebuah rumah di Taman Tanjung,Bahau disini pada Isnin bukan sahaja mabuk tetapi turut didapati positif dadah.

Ketua Polis daerah Jempol,Superintendan Hoo Chang Hook berkata, hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek berusia 41 tahun itu mendapati dia positif methamphetamine.

Iklan
Iklan

"Selain itu, dia juga merupakan individu dikehendaki polis bersabit kes dadah," katanya ketika mengesahkan laporan pada Rabu.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan, seorang warga emas terkejut apabila mendapati seorang lelaki tidak dikenali yang terbaring di ruang tengah rumahnya di Taman Tanjung, Bahau di sini, pagi Isnin rupanya pencuri yang tidak sempat melarikan barang curi kerana terlelap akibat mabuk.

Iklan
Iklan

Malah Sin Kong Men, 66, pada awalnya menyangka lelaki itu adalah rakan salah seorang anaknya yang tumpang bermalam, namun anak-anaknya menafikan.