[VIDEO] 'Saya yakin rakyat cerdik' - Rafizi

Iklan
Rafizi. - Foto Bernama.

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yakin rakyat boleh menilai usaha yang dilakukan kerajaan dalam mengatasi isu kos sara hidup dan inflasi.

Menurutnya, sekiranya pembangkang mahu memainkan isu tersebut di Parlimen ia terpulang kepada blok itu.

Iklan
Iklan

"Saya yakin rakyat kita cerdik. Mereka tahu angka dan boleh membandingkan apa yang berlaku setahun dua yang lepas," katanya menerusi sidang akhbar di kementeriannya pada Rabu.

Turut hadir Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Iklan

Sebagai kementerian yang dipertanggungjawabkan mengenai ekonomi, Rafizi berkata, tumpuan utama adalah usaha menguruskan harga barangan.

"Ada orang bertanya kenapa Kementerian Ekonomi bercerita mengenai harga barang kerana selalunya kementerian ini sibuk dengan cerita projek besar, unjuran 10 tahun dan sebagainya.

Iklan

Perkara ekonomi yang paling penting kepada rakyat adalah dua perkara sahaja iaitu harga barang dan gaji," katanya.

Rafizi berkata, biarpun usaha yang dilakukan kementerian tidak popular dan sering dipermainkan, namun langkah tersebut adalah memberi kesan besar kepada rakyat.

"Kementerian perlu berkomunikasi dengan rakyat dari satu bulan ke satu bulan supaya rakyat tahu kita sedang mencuba yang terbaik dengan segala apa yang ada," katanya.