Kerajaan pantau wabak selesema burung, pastikan bekalan ayam stabil

Iklan
Mohamad (kiri) menunjukkan ayam segar yang dijual ketika mengadakan lawatan ke Pusat Jualan Ayam Bismi di Simpang Empat di sini pada Rabu.

ALOR SETAR - Kerajaan mengambil serius penularan wabak selesema burung di Amerika Syarikat dan negara Eropah dalam usaha memastikan bekalan ayam negara tidak terjejas.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata, pihaknya sedang meneliti dan memantau penularan wabak itu walaupun Malaysia belum mencatatkan kes berkaitan wabak berkenaan.

Iklan
Iklan

Katanya, kementerian ketika ini turut memberi jaminan wabak selesema burung itu belum memberi kesan kepada bekalan ayam negara.

"Kita melihat dan meneliti masalah ini dari semasa ke semasa tapi memang buat masa sekarang keadaan (bekalan) ayam ini stabil, masa akan datang kita harap ia terus stabil," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Pusat Jualan Ayam Bismi di Simpang Empat di sini pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media mengenai dakwaan negara berdepan ancaman keselamatan makanan serius kerana bekalan ayam seluruh negara dijangka menyusut 40 peratus menjelang Jun tahun ini.

Sementara itu, Mohamad berkata kerajaan memberi jaminan bekalan ayam dan telur akan pulih.

Iklan

"Ayam telur Insya-Allah sedang pulih dia masalah benda hidup ini kita tak boleh letak tarikh kita sedang berusaha," katanya.