Amaran hujan berterusan di timur Semenanjung, Sabah

Iklan
Gambar hiasan.

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi timur Semenanjung dan Sabah sehingga 30 Januari 2023.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, berdasarkan analisis model-model cuaca, amaran itu berikutan luruan monsun yang berlaku di rantau negara dalam tempoh tersebut.

Iklan
Iklan

"Sementara itu, ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang juga dijangka berlaku di pedalaman dan barat Semenanjung, barat dan tengah Sarawak serta pedalaman Sabah pada sebelah petang dan malam dalam tempoh ramalan.

Muhammad Helmi menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Iklan
Iklan