Jangan lengahkan penggubalan Akta Pembiayaan Politik - Bersih

Iklan
Kenyataan Bersih

SHAH ALAM - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa supaya penggubalan Akta Pembiayaan Politik (APP) tidak dilengahkan lagi bagi mengekang sebarang salah laku melibatkan ahli politik.

Menurutnya, rang undang-undang (RUU) berkaitan APP harus diteliti oleh sebuah jawatankuasa Parlimen yang mengambil dapatan bernas serta menyeluruh daripada semua pihak berkepentingan dan orang awam.

Iklan
Iklan

"Bersih mencadangkan agar sebuah Jawatankuasa Pilihan Tetap Parlimen (JPTP) berkaitan hal ehwal pilihan raya dan demokrasi pelbagai parti ditubuhkan dalam sidang Parlimen pada Februari.

"Ia sebagai rujukan bagi memperkemaskan RUU APP yang sudah lama disebut tetapi terselindung daripada penelitian dan maklum balas orang awam,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Bersih juga mengingatkan sekiranya kerajaan memandang ringan terhadap perkara tersebut, ia boleh mempengaruhi persepsi buruk dalam kalangan masyarakat terhadap nilai integriti mereka.

Sementara itu, mengulas isu pemberian wang oleh sebuah parti kepada orang ramai semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Bersih turut menegaskan bahawa pemberian wang atau barangan bernilai dalam pilihan raya adalah rasuah.

Iklan

Gabungan tersebut memberitahu bahawa tindakan sesetengah pihak yang terlibat dengan perkara tersebut sama ada secara langsung atau tidak adalah jelas salah, selaras dengan Seksyen 10 (Penyogokan) di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).

"Walaupun menjadi budaya masyarakat di Malaysia untuk memberi sedekah, namun sekiranya pemberian wang itu diberikan ketika waktu pilihan raya maka pemberian wang tersebut boleh dianggap sebagai satu kesalahan rasuah pilihan raya.

"Pihak berkuasa sama ada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat dan pihak Peguam Negara selaku pendakwa raya perlu mendakwa pihak yang terlibat sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman,” katanya