KUANTAN - Bilangan mangsa banjir di daerah Rompin meningkat kepada 97 orang sehingga jam 5.30 petang berbanding hanya tujuh mangsa dari dua keluarga yang direkodkan pada pagi Rabu.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Kolonel Pertahanan Awam (PA) Che Adam A Rahman berkata, tujuh mangsa kekal berada di pusat pemindahan sementara (PPS) balai raya Bandar Perwira Jaya yang dibuka sejak malam Selasa.