Banjir di Johor

Iklan

Keadaan salah sebuah rumah penduduk yang dilanda banjir berikutan hujan lebat yang beterusan di Jalan Jabi-Bukit Tempurung, Segamat, hari ini.

Johor dijangka terus menerima hujan lebat hingga hujung minggu ini susulan terdapat perubahan ketara pada cuaca setempat di lokasi tempatan serta kadar keamatan (intensity) hujan di beberapa lokasi.

Iklan
Iklan

Setakat 2 petang tadi, jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 4,207 orang daripada 1,164 keluarga yang kini ditempatkan di 45 pusat pemindahan sementara di Segamat, Muar, Kluang, Kota Tinggi, Batu Pahat dan Mersing. - Foto Bernama